Tokyo Time
Unique visits since 31/08/2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MSAJ KANTO 2010

Jan 10th, 2010 | By admin | Category: Announcements, Events, Featured Content

Pihak MSAJ ingin mengumumkan bahawa disebabkan Mesyuarat Agung Tahunan 2010 telah ditangguhkan ke 17 Jan 2010, tarikh tutup untuk penghantaran manifesto telah dilanjutkan ke Jam 2359 14 Jan 2010. Buat masa kini, satu manifesto telah diterima dan kami menjemput semua ahli MSAJ untuk membaca manifesto tersebut.

[download id="5"]

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak MSAJ Kanto akan menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan 2010 pada 17/01/2010. Berikut adalah butiran lanjut:

Tarikh              : 17/01/2010 (Ahad)

Masa                 : 1200 – 1700

Tempat            :Shibuya ,Forum 8, Tingkat 8, bilik 501
(http://www.forum-8.co.jp/access/index.html)

2.     Sehubungan itu, dengan sukacitanya pihak MSAJ Kanto ingin menjemput semua ahli MSAJ yang tinggal di sekitar kawasan Kanto untuk hadir ke mesyuarat tersebut. Ini merupakan peluang keemasan bagi ahli-ahli MSAJ untuk lebih memahami perkembangan terkini MSAJ. Selain itu, pemilihan barisan ahli jawatankuasa baru bagi sesi tahun 2010 akan diadakan.

Hanya ahli MSAJ layak untuk dicalon sebagai ahli jawatankuasa bagi tahun 2010. Pemilihan bagi jawatan presiden adalah sedikit berbeza di mana manifesto perlu dihantar terlebih dahulu. Tambahan pula, hanya ahli MSAJ sahaja mempunyai hak untuk mengundi barisan ahli jawatankuasa baru.

3. Makanan dan minuman akan disediakan secara percuma. Pihak kami juga akan mengadakan sesi cabutan bertuah pada hari tersebut. Antara hadiah-hadiah lumayan yang telah disediakan adalah digital kamera, Ipod shuffle, USB dan kupon diskaun.

Jumpa anda di sana!

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Lee Boon Hon

Presiden
Malaysian Students Association in Japan (MSAJ)

Google Buzz

Related posts:

  1. Perlembagaan MSAJ Dan Maklum Balas Dari Ahli
  2. Update On Presidential Post of MSAJ Kanto 2010
  3. The Presidential Post of MSAJ Kanto 2010 (Deadline Extended)
  4. Perlembagaan Baru Persatuan
  5. The Board Of Executive Members MSAJ Kanto 2010
Tags: , , , ,
| More

One comment
Leave a comment »

  1. [...] We the MSAJ committee members of year 2009 had  called upon interested and capable candidates to challenge for the Presidential post of MSAJ Kanto 2010. Traditionally President post of MSAJ Kanto has been rotated between bumiputera and non-bumiputera candidates. However in line with 1 Malaysia spirit, we deemed that it is no longer relevant and the best candidate should be elected. We had welcomed any candidate regardless of race to challenge for this year post. The search had ended on 14th Jan 2010 and we would like to announce that one manifesto has been received. The manifesto can be viewed at MSAJ official website at this post. [...]

Leave Comment

CAPTCHA Image CAPTCHA Audio
Refresh Image

Spam Protection by WP-SpamFree