Tokyo Time
Unique visits since 31/08/2009

[UPDATED] MSAJ All Japan Sports Tournament 2009 (MSAJ 全日本スポーツ大会2009)

Oct 29th, 2009 | By admin | Category: Announcements

Kepada semua ahli MSAJ,

Terima kasih kepada saudara-saudari yang telah mendaftarkan nama sebagai peserta MSAJ All Japan Sports Tournament 2009 (MSAJ全日本スポーツ大会)!

Sukacitanya kami memaklumkan bahawa pendaftaran bagi pertandingan bowling MASIH TERBUKA!!

Tarikh tutup penyertaan telah dilanjutkan ke 10 November 2009!

MSAJ All Japan Sports Tournament (MSAJ全日本スポーツ大会)
BOWLING DAN FUTSAL

  • Tarikh: 22 November 2009 (Ahad)
  • Tempat: CK Square NIIZA di Saitama-ken (depan 新座駅)
    Futsal – Tingkat 8
    Bowling – Tingkat 6
  • Masa: 11:00am – 6:30pm
    Futsal : 11:00am – 6:30pm
    Bowling: 2:00pm – 6:30pm

*Penyertaan adalah terhad kepada semua pelajar Malaysia di Jepun SAHAJA
*Bayaran tambahan akan dikenakan bagi peserta bukan ahli MSAJ
*Tempat letak kereta adalah percuma bagi peserta.

Syarat-syarat Penyertaan

Bowling

  1. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 4 pemain (pemain wanita sangat dialu-alukan)
  2. Yuran pendaftaran ialah 2000yen untuk satu pasukan
    (bayaran tambahan sebanyak 200yen akan dikenakan ke atas setiap PESERTA BUKAN AHLI MSAJ)
    *yuran pendaftaran tidak termasuk bayaran sewa kasut
  3. Hadiah berbentuk pingat untuk pemenang-pemenang tempat PERTAMA dan KEDUA sahaja.
  4. Piala khas ‘Top 3 Bowlers’ akan dianugerahkan kepada 3 pemain terbaik keseluruhan.
  5. Penyertaan adalah terhad kepada 10 pasukan pertama yang mendaftar dahulu.

Kepada saudara-saudari yang berminat menjadi perserta, sila hantarkan nama pasukan, nama semua ahli pasukan serta nombor ahli MSAJ masing-masing ke alamat mel berikut:

Lai Chai Ei (Lai) @ sukan@msaj.net

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
AJK Sukan dan Rekreasi
MSAJ

Google Buzz

Related posts:

  1. MSAJ All Japan Sports Tournament (MSAJ全日本スポーツ大会)
  2. [UPDATED!] MSAJ All Japan Sports Tournament (MSAJ全日本スポーツ大会)
  3. Essay Writing, Video and Photo Competition, in conjuction with the 52nd Merdeka Day Celebration
  4. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri 2009
  5. Foreign Students Autumn Sports Fair
Tags: , , ,
| More

Leave Comment

CAPTCHA Image CAPTCHA Audio
Refresh Image

Spam Protection by WP-SpamFree