Essay Writing, Video and Photo Competition, in conjuction with the 52nd Merdeka Day Celebration
Aug 14th, 2009 | By admin | Category: Announcements
Pertandingan Menulis Esei, Video & Foto
Sambutan Hari Kemerdekaan 2009
Ada masa lapang cuti musim panas ini?
Ingin memenangi hadiah lumayan sambil mencungkil bakat terpendam anda?
Kelab Umno Jepun (KUJ) dan Malaysian Students Association in Japan (MSAJ) akan menganjurkan Pertandingan Menulis Esei, Video & Foto sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2009. Syarat-syarat pertandingan adalah seperti di bawah :-
Pertandingan Menulis Esei
TEMA : 1Malaysia
SYARAT-SYARAT :
- Setiap penyertaan mestilah ditulis tidak kurang 1000 patah perkataan dalam bentuk MS Word/Notepad, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
- Esei hendaklah asli dan tidak pernah dicetak dan ditulis oleh seorang sahaja.
- Peserta mestilah seorang Warganegara Malaysia yang belajar dan tinggal di Jepun..
- Sila sertakan Tajuk, Nama, Alamat, Nombot Telefon, Alamat Email pada muka hadapan karangan dan penyertaan hendaklah dihantar melalui emailkepada pekwky1@yahoo.com (Sdr. Mohd Hazeril Bin Mazlan).
- Pihak penganjur berhak meminda mana-mana hasil karya yang tidak sesuai.
- Penilaian akan dibuat melalui kreativiti dan keaslian dan tidak tersasar daripada tema serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
HADIAH (beserta sijil) :
- Tempat Pertama : ¥15,000
- Tempat Kedua : ¥10,000
- Tempat Ketiga : ¥5,000
Pertandingan Video
TEMA : 1Malaysia: Perpaduan Antara Kaum
SYARAT-SYARAT :
- Peserta mestilah seorang Warganegara Malaysia yang belajar dan tinggal di Jepun.
- Peserta hendaklah upload video masing-masing ke akaun Youtube sendiri dan hantar link video kepadapekwky1@yahoo.com (Sdr. Mohd Hazeril Bin Mazlan).
- Format fail video adalah tertakluk kepada peraturan upload youtube (.mov,.avi,.mpg,.wmv,dsb) *Rujuk halaman web Youtube untuk maklumat lanjut.
- Sila sertakan Nama, Alamat, Nombor Telefon di email tersebut.
- Video mestilah yang asli, buatan sendiri dan tidak diciplak daripada mana-mana laman web.
- Tempoh masa video adalah tidak kurang 3 minit dan tidak lebih 5 minit.
- Bahasa Pengantar adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja. Untuk penggunaan bahasa lain, mestilah disertakan sekali sarikata.
- Penilaian akan dibuat melalui kreativiti dan keaslian dan tidak tersasar daripada tema serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
HADIAH (beserta sijil) :
- Wang tunai ¥20,000
Pertandingan Foto
TEMA : 1Malaysia
SYARAT-SYARAT :
- Seorang hanya dibenarkan satu penyertaan sahaja. ( Sekeping gambar sahaja)
- Gambar mestilah asli dan tidak diambil daripada mana-mana sumber.
- Tidak tersasar daripada tema yang diberi.
- Penyertaan hendaklah dihantar melalui email kepada pekwky1@yahoo.com (Sdr. Mohd Hazeril Bin Mazlan).
- Setiap penyertaan hendaklah menyertakan Nama, Alamat, Nombor Telefon di email tersebut.
- Penilaian akan dibuat melalui kreativiti dan keaslian dan tidak tersasar daripada tema serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
HADIAH (beserta sijil) :
- Tempat Pertama : ¥5,000
- Tempat Kedua : ¥3,000
- Tempat Ketiga : ¥2,000
*Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Tarikh tutup semua penyertaan adalah pada 30 September 2009.
KUJ dan MSAJ akan juga mengadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari RayaAidilfitri 2009 pada 11 Oktober 2009. Kami juga akan mengadakan pameran karya-krya pemenang pada hari tersebut. Oleh, penyertaan anda amat dialu-alukan.
Aktiviti anjuran bersama:
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun
Malaysian Students’ Association in Japan (MSAJ)
Kelab UMNO Jepun (KUJ)
Related posts:
Tokyo Time





