Skip to main content

Tibanya Wajah Baru di Bumi Matahari Terbit (2025)

Muhammad Azfar
31 March 2025

TOKYO, 19 Mac - Seramai 70 orang pelajar lepas Pusat Bahasa Teikyo dan Ambang Asuhan Jepun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Chiba. Pelajar-pelajar di sambut oleh En. Imran, Puan Yang, En Suhaimi dan ahli-ahli Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan Tokyo (PPL Tokyo). Pertubuhan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ)  turut menyambut muka-muka baharu di Jepun yang diwakili oleh Presiden, Muhammad Anas dan Timbalan Setiausaha, Ainul Radhiah. Wakil MSAJ telah meyediakan sedikit hadiah buah tangan untuk diberikan kepada pelajar-pelajar sebagai penyunting semangat untuk menjalankan kehidupan di Jepun. Turut hadir jugak wakil-wakil dari Persaudaraan Muslim Jepun (ISMA).

 

Ketibaan pelajar di Narita turut disambut dengan salji lebat yang menyebabkan sedikit gangguan dalam jadual kereta api dan penerbangan. Namun itu, pelajar-pelajar kelihatan amat teruja melihat salji buat kali pertama dan juga teruja untuk memulakan kehidupan baru di Jepun. Encik Imran dan Puan Yang memberikan sedikit pesanan dan nasihat kepada para pelajar untuk sentiasa kuat semangat untuk melalui pembelajaran di Jepun. Para pelajar yang baru tiba tidak dibenarkan balik pada tahun pertama untuk menunjukkan kekentalan masing masing dan membina kekuatan mental untuk hidup di negara baru dan berjauhan dari keluarga di Malaysia. Wakil MSAJ, Ainul Radhiah turut memberikan kata-kata semangat dan panduan berguna untuk para pelajar mengadaptasi kehidupan sebagai pelajar di Jepun. 

 

Selain itu, beberapa pelajar turut di temu duga oleh ahli MSAJ untuk menanyakan perasan dan cita-cita masing-masing. Para pelajar berasa semangat walaupun harus berjalan jauh di bulan puasa. Ramai turut menyatakan hasrat untuk membuat ramai kawan Jepun dan meningkatkan prestasi Bahasa Jepun untuk digunakan dalam kehidupan seharian. 

 

Pihak MSAJ mengucapkan ribuan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambungkan pelajaran di Jepun. Selain itu, MSAJ turut mendoakan kejayaan semua pelajar-pelajar di Jepun sehingga ke hari graduasi. 

Last modified on 07 April 2025 12:34 PM

Latest Articles

08 April 2025

RYUKATSU - マレーシア学生の募集

今回はマレーシア理系留学生に合う求人をご紹介します。 ポジションがどんどん埋まってしまいますので、ご興味がありましたら、早めのエントリーがオススメです!   ーーーーーーー ①世界を支える精密機械メーカー!未来を回せるエンジニアを募集 【KEY POINT】積極的にグローバル展開している企業、マレーシア出身の社員は10年近く勤務経験あり~       外国人後輩のチューターとして...
23 December 2024

Lawatan Kerajaan Negari Selangor ke Osaka

OSAKA, 7 Oktober - Isnin lalu, delegasi Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Yang Berhormat (Y.B.) Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Kerajaan Negeri Selangor, me...
19 May 2024

Program Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr. Harith Roslizar

OSAKA, 2 Mei - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) telah mengadakan Dialog Pelajar Malaysia di Jepun bersama Dr. Harith bin Roslizar, merangkap Head of People and Governance, Yez...