Skip to main content

Majlis Resepsi Hari Kebangsaan ke-67

Webmaster
23 October 2024

TOKYO, 16 Oktober - Hubungan baik Malaysia dan Jepun berdekad lamanya telah banyak memberikan impak positif terhadap kedudukan ekonomi kedua-dua negara. Komitmen Malaysia dalam menjalinkan hubungan baik bersama Jepun dan negara-negara lain berjaya dipaparkan melalui penganjuran Majlis Resepsi Hari Kebangsaan ke-67 di Tokyo pada 16 Oktober 2024 lalu.

Dalam majlis resepsi ini, kepimpinan MSAJ yang diwakili Presiden Muhamad Firdaus dan Timbalan Presiden Wan Rabiatul Adawiyah, bersama-sama saudara Zarif, Fahmi dan Yusuf dari Fukushima University dan saudara Mas dari Tokyo Denki University, telah diberikan kepercayaan untuk mewakilkan Malaysia di Jepun dari pelbagai agensi dan diplomat asing. Saudara Zarif, Fahmi dan Yusuf masing-masing telah terlibat dalam persembahan silat kepada dif kehormat yang hadir, manakala saudara Mas telah diberikan kepercayaan sebagai jurugambar rasmi kedutaan sepanjang majlis berlangsung.

Duta Besar Malaysia ke Jepun, Tuan Yang Terutama Dato' Shahril Effendy bin Ab Ghany bersama wakil kerajaan Jepun turut menyampaikan rasa syukur mereka terhadap hubungan baik yang dizahirkan melalui imbangan perdagangan antara kedua-dua negara. Menuju kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia kelak, mereka berharap hubungan yang baik ini dapat menerajui nilai yang bermakna demi kebaikan kedua-dua buah negara. MSAJ turut berpeluang menyantuni pemegang-pemegang taruh seperti Pejabat Pendidikan dan Latihan (PPL) JPA Tokyo, Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Tourism Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) serta pelbagai perwakilan asing lain.

Tahun depan, Expo 2025 di Osaka, Jepun akan bersekali dengan kepengerusian Malaysia di peringkat ASEAN. Pastinya lebih banyak peluang akan dibuka untuk kebaikan pelajar Malaysia di Jepun jua.

Last modified on 28 December 2024 1:51 AM

Latest Articles

03 July 2024

Bonnichiwa 2024: Bridging Japan and France Through Cultural Exchange

Bonnichiwa 2024 is an innovative month-long project that fosters cross-cultural communication and friendship between Malaysian students in Japan and France. Organized by the Malaysian Students’ Ass...
19 February 2025

Staff Recruitment for Malaysia Pavilion

Be a part of the Malaysia Pavilion team at Expo 2025 Osaka! This 7-month contract position offers an exceptional opportunity to represent Malaysia, gain invaluable international experience, and lev...
02 October 2024

MSAJ Career Fair 2024: Pemangkin Pelajar Merintis Kerjaya Impian

TOKYO, 14-15 September - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan jayanya telah menganjurkan Career Fair 2024 yang berlangsung selama dua hari di The University of Tokyo. Progr...