Skip to main content

West Japan Natsu Gathering: Wadah Persaudaraan Pelajar Malaysia di Barat Jepun

Marha Zahiyah
12 September 2024

HIROSHIMA, 14 Julai - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Wilayah Khas Kansai telah berjaya mengendalikan program West Japan Natsu Gathering pada 14 Julai yang lalu. Program yang dijalankan di Karuga Seaside Park, Kure, Hiroshima dari jam 11 pagi hingga 4 petang ini telah disertai oleh 40 orang pelajar dari sekitar wilayah Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu.

Program ini merupakan program pertama yang dianjurkan oleh MSAJ Wilayah Khas Kansai, iaitu cawangan MSAJ Kansai yang meliputi wilayah Chugoku, Shikoku dan Kyushu. Lokasi program, iaitu Hiroshima, telah dipilih kerana kedudukannya yang strategik dan mudah diakses oleh peserta dari kesemua wilayah tersebut. Program West Japan Natsu Gathering yang diadakan julung-julung kali ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar Malaysia di bahagian barat Jepun untuk mengenali satu sama lain, serta mendekatkan lagi keberadaan MSAJ dalam kalangan pelajar di luar bandar utama seperti Osaka dan Tokyo.

Meskipun hujan sepanjang hari tersebut, cuaca tidak menghalang para peserta untuk menjalani program ini dengan penuh ceria. Program di tepi pantai ini dimulakan dengan aktiviti barbeku dan jamuan makan. Para peserta juga telah membawa juadah makanan masing-masing sebagai ‘potluck’. Pelbagai permainan berkumpulan telah diadakan agar peserta dapat saling berinteraksi dan mengeratkan silaturahim. Program diakhiri dengan gambar berkumpulan dan peserta tidak melepaskan peluang untuk bermandi di pantai sebelum pulang ke wilayah masing-masing.

Program sulung Wilayah Khas Kansai ini membuahkan hasil yang memuaskan. Memetik kata-kata salah seorang peserta, Fauzul Izzaty dari Nagasaki University, aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, suasana santai, dan bilangan peserta yang sesuai telah berjaya menjalinkan ukhwah antara peserta. Akhir kata, diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Last modified on 28 September 2024 11:17 AM

Latest Articles

02 October 2024

MSAJ Career Fair 2024: Pemangkin Pelajar Merintis Kerjaya Impian

TOKYO, 14-15 September - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan jayanya telah menganjurkan Career Fair 2024 yang berlangsung selama dua hari di The University of Tokyo. Progr...
02 January 2025

Pertandingan Sukan Badminton Kansai

HIKONE, 13 Disember – Pertandingan Badminton anjuran MSAJ Kansai telah berlangsung dengan meriah di Proceed Arena, Hikone, Shiga. Acara ini disertai oleh 34 peserta lelaki dan wanita. Pertandingan...
19 February 2025

Staff Recruitment for Malaysia Pavilion

Be a part of the Malaysia Pavilion team at Expo 2025 Osaka! This 7-month contract position offers an exceptional opportunity to represent Malaysia, gain invaluable international experience, and lev...