Skip to main content

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya MSAJ dan PPL: Meriahkan Syawal di Perantauan

Webmaster
19 May 2024

OSAKA, 27 April - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan kerjasama Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bertempat di 32 Paradox, Osaka. Majlis Rumah Terbuka tersebut telah dihadiri oleh lebih 100 orang pelajar dari wilayah Kansai dan juga luar wilayah Kansai.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Imran bin Yussof (Kaunselor PPL Tokyo), Puan Yang Munirah binti Abdul Ghani (Setiausaha Pertama PPL Tokyo), Encik Gulam Muszairi (Pengarah MIDA Osaka), Encik Ahmad Tarmizi Ab Aziz (Timbalan Pengarah MIDA Osaka), Cik Syaliza Abd Aziz (Pengarah Tourism Malaysia Osaka), Encik Faisal Ahmad (Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Osaka), dan Encik Syairir (Presiden Malaysia International Association).

Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Imran bin Yussof dan juga Saudara Muhammad Firdaus Ali selaku presiden MSAJ. Dalam ucapan tersebut, Encik Imran banyak mengingatkan tentang kepentingan semangat berpersatuan dalam kalangan pelajar di Jepun terutamanya di luar kawasan Tokyo demi kepentingan bersama.

Majlis yang dimulakan pada jam 12 tengah hari itu, tidak henti-henti dikunjungi oleh pelajar Malaysia dari pelbagai latar belakang, yang kini sedang meneruskan pembelajaran di Jepun. Majlis ini turut diselang-selikan dengan pelbagai aktiviti menarik berserta hadiah bagi menyemarakkan lagi suasana. Antara aktiviti selingan yang dilakukan termasuklah ‘Telepathy Game’, ‘Bingo’ kuih raya, serta kuiz hari raya melalui platform ‘Kahoot’. 

Para hadirin juga dapat menikmati pelbagai juadah tradisional hari raya yang disajikan, seperti nasi hujan panas, rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, lemang, sate dan lain-lain. Terdapat juga kuih-muih raya, buah-buahan, puding pandan serta ‘brownies’ sebagai pencuci mulut. “Saya suka program ini kerana makanan-makanan yang disajikan sangat sedap, suasana pun meriah dengan pelbagai ‘mini games’. Saya berharap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang,” kata Nurain Fathanah, Pelajar Tahun 2 di Tottori Universiti.

Diharapkan majlis seperti ini dapat terus menjadi wadah berkenal-kenalan sesama pelajar serta menjadi pemangkin kepada aktiviti-aktiviti berpersatuan yang lebih banyak pada masa hadapan.

Last modified on 27 May 2024 1:39 PM

Latest Articles

03 July 2024

Bonnichiwa 2024: Bridging Japan and France Through Cultural Exchange

Bonnichiwa 2024 is an innovative month-long project that fosters cross-cultural communication and friendship between Malaysian students in Japan and France. Organized by the Malaysian Students’ Ass...
02 July 2024

Embracing Growth: Izzat's Badminton Story

SHIMANE, 19-23 June 2023 - The 67th Chugoku Shikoku Student Badminton Championship was held at ⁠Matsue City General Gymnasium, Shimane. One of the Malaysian students, Izzat, a third-year student at...
19 May 2024

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya MSAJ dan PPL: Meriahkan Syawal di Perantauan

OSAKA, 27 April - Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) dengan kerjasama Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya bertem...